BIBLIOGRAFI PENGASAS PADEPOKAN NUR SYAHAR, PENGASAS GUN SPIRITUAL & CONSULTATION CENTRE, PENGASAS PERTUBUHAN SPIRITUAL MALAYSIA, PERUBATAN TRADISIONAL HAQ ALLAH DAN BOMOH BUKIT JELUTONG

 BIBLIOGRAFI PENGASAS PADEPOKAN NUR SYAHAR, PENGASAS GUN SPIRITUAL & CONSULTATION CENTRE, PENGASAS PERTUBUHAN SPIRITUAL MALAYSIA, PERUBATAN TRADISIONAL HAQ ALLAH DAN BOMOH BUKIT JELUTONG




Ki Langit Sakti atau Tabib Ahmad Fikri atau Paduka Mahaguru Pawang atau Ayah Gun Thailand atauTok Mahaguru Sejagad Alam atau Syafiullah atau Syeikh Maulana Fikri Syah atau Raden Indera Kesukma atau Prabu Bramusjati atau Syeikh Maulana Fikri Syah atau Tabib Maulana Fikri atau Pangeran Ki Auliya Fikri atau Raden Ki Singa Barong adalah anak kelahiran Klang, Malaysia. Beliau mempunyai susur galur keturunan dari kepulauan Jawa dan juga Sulawesi Serta Arab. Malah gelaran Prabu Bramusjati adalah pemberian dari Prabu Brawijaya yang mana moyang beliau.



Melalui pencerahan batin yang beliau alami, beliau mendapat tahu bahawa beliau adalah keturunan diraja kerajaan Jawa Timur ke-35 melalui moyang beliau yang bernama Raden Indra Aryadi Bin Raden Arsyad Mujowi. Ibu kepada Datuk Prabu Bramusjati adalah berketurunan raja di Indonesia dan ada hubungan dengan Gusti Puteri yang berkait rapat dengan gunung Ledang dan moyang dari arab adalah Syeikh Maulana Ibrahim serta moyang dari keturunan bugis iaitu Ki Ageng Mulia Kencana. Namun galur keturunan diraja ini bukan untuk dibangga-banggakan, cuma sekadar pengenalan siapakah sebenarnya pengasas Padepokan Nur Syahar dan Gun Spiritual & Consultation Centre.


Ramai diantara keturunan Syeikh Maulana Fikri Syah adalah perawat tradisional dan juga ulamak yang menyebarkan agama Islam di nusantara. Maka tidak hairanlah jika beliau mengikut jejak sesepuh beliau dengan membuka Padepokan Nur Syahar dan Gun Spiritual & Consultation Centre di tanah air sendiri.


Syeikh Maulana Fikri Syah telah menghabiskan ribuan ringgit dan masa demi menuntut ilmu dari pelbagai guru. Namun itu semua tidak menjadi halangan kerana beliau mahu membantu masyarakat dengan ilmu yang beliau perolehi. Malah bukan semua ilmu datang dari pesantren mahupun kitab. Ada juga ilmu yang datang dari permohonan kepada allah swt. Ilmu-ilmu inilah yang menjadi nadi dalam pengubatan dan pengajaran di pusat rawatan beliau.


Syarikat PADEPOKAN NUR SYAHAR ENTERPRISE (SA0246934-V) telah ditubuhkan secara rasmi. Maka para pengunjung/ bakal pembeli/ bakal murid tidak lagi perlu was-was samada dalam membeli produk atau dalam menuntut ilmu dari padepokan ini. Hubungi pengasas syarikat iaitu Syeikh Maulana Fikri Syah sendiri untuk sebarang pertanyaan.


Nota:  

Tok Mahaguru Sejagad Alam adalah seorang pakar spiritual, bukan dukun, bomoh atau ustaz.

Comments

Popular posts from this blog